Selasa, 31 Desember 2013

Dr. M Mengaku Luluskan Kad Pengenalan...


SHAH ALAM –  Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui mengetahui mengenai proses pemberian status kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah.
Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata, pemberian status warganegara itu dibuat selepas mengambil kira syarat-syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Ramai (rakyat asing) yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu, dua hari atau satu, dua tahun…mereka ada di sini 20, 30 tahun.
“Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat (Malaysia). Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau orang jadi rakyat walaupun mereka tinggal di Malaysia.
“Itu yang menimbulkan masalah. Jadi mereka yang berhak menjadi rakyat, yang memenuhi syarat kita bagi…saya akui saya bagi,” katanya pada sidang media di Kompleks Media Karangkraf di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Ramli ketika menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada 1994.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya sengaja memberikan status kerakyatan kepada pendatang asing sebelum pilihan raya Sabah pada 1994 agar kumpulan berkenaan mengundi menyokong kerajaan, Mahathir berkata ia mungkin berlaku secara kebetulan.
“Ia mungkin dilakukan sebelum pilihan raya negeri, tapi ia sama ada secara tak sengaja atau dirancang…saya tak pasti.
“Tapi ia dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Jika ia berlaku sebelum pilihan raya (negeri), ia tak bermakna bertentangan dengan undang-undang,” katanya.
Berhubung sama ada pemberian status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan alasan politik agar Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri itu, Mahathir berkata: “Tidak…ini adalah hak mereka (mendapat kerakyatan bagi yang layak).
“Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong Umno, BN atau siapa sahaja, itu hak mereka.
“Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN,” katanya.
Sementara itu ditanya sama ada beliau turut disapina agar hadir memberi keterangan kepada RCI Sabah, Mahathir berkata: “Belum lagi, jika mereka minta saya hadir, saya akan pergi.” – Mstar.com.my

Shahrizat Abdul Jalil Shahrizat (kanan) semasa melawat dan menyampaikan sumbangan YKN kepada Abdul Mutalib.
BESUT – Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengalu-alukan hasrat bekas Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said mencabar bagi merebut jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Shahrizat berkata, beliau tidak merasakan ia sebagai masalah kepadanya sebaliknya mengalu-alukan sekiranya terdapat lebih ramai lagi individu yang mahu bertanding bagi jawatan sayap parti itu.

Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi yang diamalkan oleh parti tersebut.

“Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja, seramai mana bukan sahaja Azalina tetapi sesiapa pun yang tawar diri dan tak jadi masalah bagi saya kerana lagi ramai lagi bagus sebab pada akhirnya Wanita akar umbi yang akan pilih.

“Saya rasa gembira apabila Azalina nak bertanding.

"Sila datang masuk gelanggang dan kita akan bertanding,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan  Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada Abdul Mutalib Saipi, 10, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Nail, Kuala Besut di sini, hari ini.

Dalam program Sentuhan Medik YKN itu, sumbangan lampin pakai buang untuk tempoh setahun serta beg menampung najis disalurkan kepada pesakit itu.

Shahrizat yang juga merupakan Ketua Wanita BN bagaimanapun berkata, beliau mahu mengingatkan Azalina supaya tidak bertanding dengan membawa mesej perpecahan di dalam sayap parti itu.

Menurutnya, beliau tidak mahu cabaran merebut jawatan itu hingga menimbulkan perbalahan sesama sendiri.

Katanya, sekiranya Azalina mahu bertanding maka beliau menasihatkan supaya berkempen untuk semua dan bukannya cuba membawa transformasi orang muda.

“Saya tak mahu dengar Azalina nak bawa transformasi orang muda. Kalau hendak masuk, masuklah secara umum untuk membela Wanita.

“Kalau hendak (bertanding) kempen untuk semua jangan ada perpecahan antara Puteri, bekas Puteri dan Wanita. Ini akan menggalakkan perpecahan antara ibu dan anak maka tak cantik, tak berkat,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau sedia duduk berbincang dengan Azalina berhubung perkara itu, Shahrizat menyatakan kesediaannya.

“Saya terbuka untuk apa sahaja kerana kita sebuah keluarga malah anggap dia macam anak dan adik saya.

“Cuma saya nak minta berhati-hati jangan ada perpecahan umpama anak nak bertanding dengan ibu. Itu sahaja pesanan saya,” katanya sambil memberitahu akan mempertahankan jawatannya itu.

Dalam perkembangan berasingan, Shahrizat berkata, Wanita BN akan memperhebatkan lagi kempen bagi PRK Dun Kuala Besut dengan menggerakkan jenteranya dari rumah ke rumah.

Menurutnya, beliau sendiri akan turut serta dalam kempen tersebut dengan kekuatan jentera tidak kurang daripada 600 orang.

“Kita pergi kempen rumah ke rumah untuk duduk bersama-sama dengan pengundi.

“Satu jentera kita jaga 30 pengundi kerana kita nak pastikan dekat dengan mereka,” katanya

Senin, 30 Desember 2013

Ashraf Muslim

Ya, masih dengan kisah rumah tangga Ashraf Muslim. Semalam menerusi program hiburan Melodi di TV3, seorang lelaki tampil bercerita dan mendakwa dirinya sebagai bekas tunang Wan Sakinah.
BACA: Lelaki Dakwa Putus Tunang Kerana Ashraf Muslim (ext.)
Lelaki itu mendakwa yang pertunangan beliau dan Wan Sakinah terputus kerana wanita itu menjalin hubungan sulit dengan Ashraf Muslim selain mendakwa hubungan mereka berdua telah pun terjalin lama.
Menerusi Kosmo! hari ini, Ashraf Muslim tampil menafikan semua dakwaan yang di’buat lelaki tersebut dan mengatakan semua cerita yang telah di’sampaikan adalah satu pembohongan.
“Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul”
“ Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini.
” Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua”
“Apabila terlalu ramai yang cuba ambil ‘bahagian’ dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih,” tambah Ashraf Muslim lagi yang meminta semua pihak supaya menghormati & tidak masuk campur dalam soal ini. – Rotikaya

Minggu, 29 Desember 2013



MENDEPANI cabaran dalam dunia penyiaran bukanlah sesuatu yang mudah dijangka. Ia bagaikan satu teka-teki penuh misteri.

Namun begitu, setelah tiga tahun bersiaran, TV AlHijrah nampaknya berjaya melaluinya apatah lagi stesen penyiaran itu cuba untuk menongkah arus dengan berkonsepkan Islamik sepenuhnya.

Masyarakat semakin mengerti hala tuju TV AlHijrah yang menekankan cara hidup Islam yang hakiki bermula daripada agama, bual bicara, rancangan masakan sehinggalah kepada drama dan rencana yang disiarkan semuanya bersifat Islamik.

Ternyata, pada usia semuda tiga tahun, TV AlHijrah boleh berbangga dengan perjuangan mereka.

Pengurus Ehwal Semasa TV AlHijrah, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berkata, pembawaan rancangan yang lebih harmoni serta berunsurkan moral menunjukkan kesediaan TV AlHijrah ke arah mempromosikan konsep ‘wasatiyyah’ (kesederhanaan) dalam Islam itu sendiri.

Jelasnya, pengisiannya juga penuh dengan perkongsian ilmu yang lebih kreatif dan menarik serta mampu diterima oleh masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

“Apa paling penting ialah penonton boleh mendapat manfaat dan menerima maklumat yang sah dan boleh diterima sebagai agen moral baik dalam masyarakat.

“Apa sahaja rancangan yang diterbitkan oleh TV AlHijrah mesti mempunyai nilai murni yang mampu mendidik masyarakat ke arah kebaikan dan kesempurnaan dalam beragama,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam menghadapi tekanan semasa, ia sekali gus membuatkan TV AlHijrah perlu sentiasa berubah-ubah.

Katanya lagi, keperluan tontonan bukan lagi kepada penonton sedia ada, tetapi mula menjengah anak-anak muda yang sebelum ini menonton dalam ruang lingkup mereka sendiri.

“Cabaran akan lebih kompleks dengan doktrin pemikiran masyarakat yang berubah, suasana sosial yang sentiasa kurang menyebelahi dan akses maklumat tanpa sempadan.

“Kami yakin penonton perlukan perubahan itu,” katanya.

Malah,  katanya, dalam perkembangan masyarakat kini yang sudah semakin jauh ke hadapan, TV AlHijrah kini sudah boleh ditonton melalui aplikasi telefon pintar 1Malaysia.

Program semakin matang

Antara program yang begitu sinonim dengan penonton stesen TV itu ialah 30 Minit Ustaz Don yang menampilkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid selaku pengacaranya.

“Rancangan menjadi penanda aras kepada TV Alhijrah ialah 30 Minit Ustaz Don yang menjadi ikon kepada stesen TV ini.

“Ustaz Don berjaya memikat penonton melalui pengajarannya yang mudah difahami dengan loghat utaranya yang mencuit hati penonton,” katanya.

Selain itu, jelasnya lagi, kebanyakan program di stesen TV itu juga sudah pun melalui proses kematangan seperti Ayat Riwayat dan Majalah Islam.

“Ia membuktikan kepada penonton kupasan pelbagai kisah dan isu mampu diterapkan dengan nilai Islam sejagat bukan hanya cerita kosong semata-mata.

“Begitu juga dengan Isu Akidah dan Kes Syariah yang sekarang tidak lagi membawa kisah kesesatan dan ajaran sesat namun melihat dengan lebih jauh bahawa perkembangan dakwah yang efektif juga berperanan dalam mengukuhkan akidah,” katanya.

Program lain yang memberi manfaat kepada penonton ialah Assalamualaikum, Cinta Ilmu, Ejen Halal dan Menu Alam yang dikendalikan oleh Chef Ammar.

Sementara itu, bagi meraikan sambutan ulang tahunnya yang ketiga pada 1 Muharram lalu, TV AlHijrah telah mengadakan satu persembahan istimewa di Dataran Putrajaya.

Terdapat persembahan nyanyian daripada artis undangan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Heliza Helmi, Mawi, In-team, Far East, Muadz Zulkifli, Ani Syazwani, 30 Cent dan penampilan khas pelakon dari Indonesia yang membintangi filem Bila Cinta Bertasbih iaitu Kholidi Asadil Alam.

Stesen TV itu turut memaparkan imbasan detik kejayaan program terbitannya.

Acara yang berlangsung dua jam setengah itu disiarkan secara langsung di saluran TV tersebut yang dihoskan Amin Idris, Irma Hasmie, Ahmad Fadzli, Shahrul Faizi, Amie Sofea dan Farrah Adeeba.

INILAH dia rupa tren yang bakal digunakan oleh pengurusan sistem Mass Rapid Transit (MRT) di Kuala Lumpur yang dijangka siap pada 2016.

Keretapi ini ialah keluaran syarikat Jerman Siemens dengan model Siemens Inspiro.

Model keretapi jenis ini ialah keluaran terbaru Siemens kerana ia mula dihasilkan pada tahun lepas.

Pintu Siemens Inspiro ini dilengkapi dengan sistem LED warna bagi memberitahu penumpuang di luar tren berapa lama ianya akan terbuka.

Ia mempunyai kelajuan maksium 90 kilometer sejam dan mampu membawa sehingga 1,000 orang penumpang pada satu masa.

Di dunia pada ketika ini, hanya sistem Metro Warsaw dan MRT Kuala Lumpur menggunakan gerabak Siemens Inspiro.

Syarikat Siemens sebelum itu sudah pun memenangi kontrak bernilai €260 juta Euro daripada MRT Malaysia untuk membekalkan 58 buat set tren Siemens Inspiro dilengkapi dengan peralatan bagi dua depot.

Model Siemens Inspiro akan melalui laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh ke Kajang (SBK).

Sabtu, 28 Desember 2013


Manusia Jadi Batu Kerana Melakukan Maksiat
Manusia Jadi Batu Kerana Melakukan Maksiat - SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.
Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.
Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.
Manusia Jadi Batu Kerana Melakukan Maksiat
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.
Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuranberkenaan.Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.
p/s:tolong sebarkan info ini kepada umat islam yang lain supaya kita semua lebih berwaspada ingat jika bala yang berlaku bukan seorang yang terkena namun semua org turut terkena jadi sebarkan info ini demi mengingati semasa muslim – Giler Kentang

Jumat, 27 Desember 2013

28 Nov 2012


Mengejutkan. Satu berita membuatkan heboh di Jepun terkait dengan lelaki Indonesia yang tinggal di Bali dan berprofesion sebagai beach boys. Seorang penulis lepas Jepun yang cukup banyak karyanya di majalah mingguan Nikkan Gendai menulis yang para beach boys ini melayani nafsu berahi perempuan Jepun dengan biaya 5,000 yen  sekali khidmat seks.

"Bali menjadi sangat popular saat masa ekonomi bubble sekitar awal tahun 1990-an. Banyak wanita Jepun ke Bali untuk diurut," ungkap Yukio Murakami sang penulis lepas yang dikutip dan ditulis oleh majalah Nikkan Gendai terbitan 11 Mei 2010 halaman 5.

Wanita Jepun itu banyak memanggil laki-laki di sana untuk di urut sensual sampai ke payudara bahkan sampai ke bahagian bawah, tambahnya.

"Lalu pada saat tertentu terjadi transaksi untuk main seks menanyakan harganya. Sekitar 200 gigolo di Bali dalam operasinya dan banyak di antaranya terlatih untuk memuaskan wanita.    Tarif mereka sekali main seks 

Bagi karyawan wanita Jepun kepopularan anak pantai Bali sejak 10 tahun lalu atau sekitar tahun 2000. Kini banyak pekerja Jepun berlibur bersantai ke Bali, tambahnya.

Terutama sekitar tahun 2005 banyak wanita pekerja di toko-toko di Jepun yang stress dalam kehidupannya dan jarang melakukan hubungan seks, melepaskan stresnya ke Bali untuk membeli lelaki, tambah Murakami lagi."Satu hal yang sangat memalukan secara nasional," tulis Nikkan Gendai di akhir tulisannya.
osseram
sumber

Kamis, 26 Desember 2013


































CONTOH UNDI ROSAK KETIKA PRU13 PALING CELAKA

Make Up Your MInd,,Dam Dam Dum,,Boleh mendatangkan kemarahan Anwar Ibrahim,,,Haha,,

Kredit ILHam
 
Kontestan Liga Champions musim 2011-2012 telah mengerucut menjadi delapan tim. Sejak 12 tahun silam, baru kali ini delapan kontestan perempatfinal berasal dari tujuh negara. Fakta unik lainnya, peserta babak delapan besar tersebut diisi enam mantan juara yang lolos dengan penuh gaya. Mereka membuktikan mental juara sangat dibutuhkan dalam kompetisi terelit di benua biru. Dua tim lainnya, justru lolos dengan cara luar biasa. Tertinggal di leg pertama, APOEL Nicosia dan Chelsea tampil mengesankan dengan membalikkan keadaan di leg kedua.

Chelsea menjadi penyelamat muka Inggris setelah lolos dari lubang jarum. Kalah 1-3 di leg pertama, mereka berhasil mengalahkan Napoli 4-1 di leg kedua kemarin malam di di kandangnya, Stamford Bridge. Alhasil The Blues menjadi satu-satunya wakil Inggris yang masih bertahan di kompetisi ini setelah Arsenal disingkirkan AC Milan di babak 16 besar, sedangkan Manchester United dan Manchester City bahkan tidak lolos dari fase grup. Dalam beberapa edisi terakhir, tim-tim Inggris begitu menguasai fase knock out Liga Champions. Mereka bahkan menjadi langganan di babak perempatfinal. Bahkan pada musim 2007-2008 terjadi All English Finals antara Manchester United melawan Chelsea.

Spanyol menjadi satu-satunya negara yang menempatkan dua wakil di perempatfinal, Real Madrid dan juara bertahan Barcelona. Lima negara lainnya adalah Jerman yang diwakili Bayern Munich, Italia diwakili AC Milan, Portugal diwakil Benfica dan Prancis yang diwakil Marseille. Satu negara lainnya yang meloloskan wakil dengan sangat luarbiasa adalah Siprus yang meloloskan APOEL Nicosia.

Fakta unik lainnya adalah sebaran negara terbanyak di fase knock out seringkali melahirkan juara dari tim kejutan. Musim 1996-1997, terdapat delapan klub dari delapan negara di perempatfinal. Borussia Dortmund (Jerman), Auxerre (Prancis), Ajax (Belanda), Atletico Madrid (Spanyol), Rosenborg (Norwegia), Juventus (Italia), Manchester United (Inggris), dan Porto (Portugal). Serangkaian kejutan terjadi, bahkan hingga ke partai puncak. Laga final yang mempertemukan Dortmund dan Juventus akhirnya dimenangkan Dortmund dengan skor 3-1. Itu adalah gelar perdana bagi Dortmund dan tak terulang hingga kini.

Mungkinkan juara baru akan lahir dari serangkaian kejutan musim ini? Seperti ungkapan bola itu bundar, prediksi tersebut mungkin-mungkin saja. Chelsea dan APOEL Nicosia telah membuktikan mereka harus diperhitungkan. Keduanya sama-sama kalah di leg pertama dan membalikan keadaan di leg kedua. Pengalaman itu tentu saja membuat mental dan kepercayaan diri mereka semakin terasah.

Prediksi juara tahun ini tentu saja menempat dua tim asal Spanyol, Barcelona dan Real Madrid di posisi teratas. Dari enam kompetitor lainnya, AC Milan dan Bayern Munich yang mungkin akan jadi sandungan. Marseille dan Benfica? Yang diwaspadai dari mereka mungkin hanya faktor kejutan, seperti yang terjadi di babak perdelapan final dan fase grup sebelumnya. Lolosnya Barcelona ke semifinal juga patut ditunggu. Hal itu karena sejak AC Milan juara pada 1988-1989 dan 1989-1990, sejarah tidak pernah lagi berpihak pada juara bertahan. Dalam artian, dalam 21 tahun terakhir, setiap tahun selalu ada juara baru. Mungkinkah sejarah akan kembali berulang, atau Barcelona menjadi pengukir sejarah tahun ini?

Real Madrid dan AC Milan adalah tim yang paling banyak menggondol trofi juara. El Real masih memegang rekor dengan sembilan trofi. Lima di edisi awal Liga Champion (1956, 1957, 1958, 1959 dan 1960) plus di tahun 1966. Tiga trofi lainnya direngkuh di era Los Galacticos jilid modern, yaitu tahun 1998, 2000 dan 2002. Sementara AC Milan lebih banyak juara di edisi modern yaitu pada 1989, 1990, 1994, 2003 dan 2007. Dua trofi di edisi kuno, mereka raih pada 1963 dan 1969. Tahun ini, AC Milan dihadapkan pada ”kutukan” sejarah Ibrahimovic. Pemain asal Swedia tersebut selalu meraih juara di kompetisi lokal (Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona dan AC Milan) dan tidak sekalipun meraih trofi Liga Champions, meski klub-klub yang dibela tersebut memiliki tradisi kuat di Liga Champions. Akankah sejarah ini bisa dipatahkan atau berlanjut?

Di balik sejarah dan fakta-fakta unik tersebut, fase perdelapanfinal juga menyajikan tontonan gol-gol berkelas dan terbanyak di fase knock out. Total ada 56 gol dari delapan laga, atau rata-rata 3,5 gol per pertandingan. Jumlah itu mengalahkan jumlah gol musim 2004-2005 dan 2009-2010 yang ‘hanya’ 47 gol. Banyaknya gol yang tercipta tersebut membuktikan bahwa tahun ini tidak ada lagi belas kasihan kepada tim yang tidak siap.

Partai Barcelona kontra Bayer Leverkusen yang berakhir dengan agregat 10-2 memberikan sumbangan gol terbesar, dengan bintang Barca Lionel Messi mencetak enam gol. Pada musim 2004/05 silam agregat 10-2 juga hadir di laga Lyon versus Werder Bremen. Sementara pertandingan APOEL Nicosia kontra Lyon menjadi duel di babak 16 besar yang paling minim gol, karena menghasilkan dua gol saja lewat agregat 1-1—APOEL lolos lewat adu penalti.

Apakah sajian berkelas dan serangkaian kutukan sejarah bisa dipatahkan? Sulit memprediksi karena di perempatfinal nanti, tidak ada satupun tim yang bisa dianggap remeh.

sumber

Rabu, 25 Desember 2013

Harakahdaily, 06 Mei 2013


(Yusof dalam sidang medianya)

ALOR SETAR: "Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Yusof Husin.

Sehubungan itu, katanya, PAS menerima keputusan rakyat dengan hati terluka.

"Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya dalam sidang medianya.

Dalam sidang media itu, Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Datuk Seri Azizan Razak dengan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.

BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.

Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi  antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri  dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

Selasa, 24 Desember 2013


Sayap Kanan Gedung Putih Terbakar, Penyebabnya Masih Diselidiki
FOX NEWS
Departemen Pemadam Kebakaran District of Columbia terlihat di parkir di antara Gedung Eisenhower Executive Office dan West Wing, menerima panggilan telepon dari White House, Washington, Amerika Syarikat (AS), Sabtu (11/5/2013).

TRIBUNNEWS.COM, WASHINGTON - Kepulan asap melanda bahagian dari Istana Presiden Amerika Syarikat (AS), Rumah Putih, Sabtu (11/4/2013), dan menyebabkan penyelamatan besar-besaran. Demikian diberitakan Upi.com.

Menurut kesatuan pengaman presiden AS, Secret Service, kebakaran melanda bahagian sayap kanan Rumah Putih, sekitar pukul tujuh pagi.
Lima kereta bomba Washington, dipanggil untuk mengenalpasti masalah, dimana menurut Secret Service berasal dari kamar mandi mekanik.

Seorang pegawai Rumah Putih mengatakan asap berasal dari sebuah transformator elektrik. Walau demikian penyebab kebarakan masih disiasat oleh Anggota   Pemadam Kebakaran Washington.

Oleh Leslie Lau
Editor Eksekutif
May 09, 2013
9 Mei — Jika dilihat daripada jumlah pengunjung di stadium di Petaling Jaya malam tadi selepas masyarakat Cina dipersalahkan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan rakyat Malaysia memberikan isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mesej yang cuba disampaikan adalah kebanyakan rakyat Malaysia mahukan agar isu perkauman yang menyelebungi Pilihan Raya 2013 segera dihentikan.
Disebalik keputusan pilihan raya yang dirasakan pengundi sebagai tidak adil dan bersih termasuk cubaan BN menyalahkan komuniti Cina.

Mereka yang menyertai perhimpunan malam tadi tidak mengira amaran polis bahawa ianya adalah perhimpunan haram.
Dan bukan kesemua mereka pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau ahli kepada tiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR). Kecuali mereka adalah pengundi PR sebagai sebuah parti.
Turut berada di sana adalah kumpulan remaja Malaysia dengan kepelbagaian kaum.

Ia seharusnya menjadi amaran buat ahli politik bahawa memainkan sentime perkauman akan memberikan pulangan yang merosot.
Analisis membuktikan undi bagi Pakatan Rakyat dan BN melangkaui garisan perkauman.
Jika ada pun, penganalisis hanya berkata berlakunya pemisahan pengundi bandar dan kawasan pedalaman, bukannya trend Melayu menentang Cina.

Realiti baru yang perlu diakui adalah PR kini menikmati sokongan daripada mereka yang dikenali sebagai pengundi bandar.
Pembangkang memenangi undi popular dengan sejumlah 50 peratus menggunakan platform anti rasuah termasukjuga perkongsian kekayaan negara dengan adil dan saksama.
BN memenangi sekitar 47 peratus undi popular namun masih menyaksikan kemenangan dan sokongan padu daripada pengundi luar bandar termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Namun ribuan yang berkumpul di Stadiu MBPJ malam tadi, dan untuk semua rakyat Malaysia, kedua-dua BN dan PR perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak undi.

BN danUmno telah menjadikan keadaan semakin sukar buat mereka apabila menyalahkan pengundi Cina yang m,engundi menentang kerajaan "Melayu" seperti mana yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia.

Akhbar Umno itu sudah boleh dijangka, dan banyak pihak yang merasakan ianya adlah satu penghinaan.
Daripada perkataan "Tsunami Cina" sehingga berita muka hadapan "Apa :agi Cina Mahu?" Umno hanya menambah kepada kejayaan PR iaitu sokongan yang mereka telahpun terima.
BN mungkin perlu diingatkan bahawa mereka berkuasa pada Ahad lalu dengan dakwaan penipuan.
Daripada menjadikan Anwar sebagai saaran atau pengundi Cina, BN dinasihatkan agar lebih baik baik untuk mendengar nasihat.TMI

Senin, 23 Desember 2013

24 Julai 2013


Seorang lelaki dari China yang tak disebutkan namanya, mengeluhkan keadaan perutnya yang kian membesar di rumah sakit di HongKong. Sebelumnya  , doktor yang memeriksa dirinya mengatakan yang sebenarnya ia berjenis kelamin wanita, bukan lelaki. Kondisi perut yang terus membesar adalah akibat dari abdomennya yang membesar kerana kista ovarium, seperti yang dilansir Daily Mail.

Meski doktor sebelumnya mengatakan dia adalah wanita, lelaki usia 66 tahun itu tetap tidak yakin dengan diagnosis tersebut. Dia merasa sejak lahir dia adalah seorang lelaki  . Dia juga memiliki janggut di dagunya  .

Menurut doktor, ini disebabkan lelaki tersebut menderita sindrom turner. Kelainan genetik yang menyerang sekitar satu dari 2,000 bayi perempuan. Dimana congenital adrenal hyperplasia yang tinggi meningkatkan hormon lelaki dalam perkembangan hidupnya. Hong Kong Medical Journal mengatakan, hanya terdapat enam kes seperti ini yang pernah terjadi di dunia.

Sindrom turner biasanya merupakan akibat dari seorang wanita yang memiliki masalah kromosom, sehingga penderita tidak subur dan memiliki tinggi badan yang rendah.

Wanita yang menderita sindrom ini akan kehilangan satu atau beberapa bahagian dari kromosom X . Sedangkan congenital adrenal hyperplasia mempengaruhi karakteristik lelaki dalam tubuh penderita yang muncul secara cepat dan tidak normal  .

Pesakit  ini telah membesar sebagai yatim piatu dan berhenti meninggi setelah mencapai masa puber di usia 10 tahun. Tinggi badannya hanya 4.5 kaki dan ukuran penisnya lebih kecil dari ukuran rata-rata atau disebut penis mikro.

Dia juga belum pernah melakukan ujian medis apapun sebelumnya mengenai kondisinya tersebut. Wanita yang menderita kelainan seperti ini biasanya akan memiliki organ reproduksi normal, tapi mereka akan memiliki masalah kesuburan  .  
SUMBER

Minggu, 22 Desember 2013


KEJADIAN yang melibatkan seorang lelaki penghantar barang yang mengamuk hingga menikam sehingga mati dua orang sementara dua lagi cedera tengah hari tadi cukup menggemparkan warga kota.

Apatah lagi belum reda dengan kisah kematian tragis pegawai bank Ambank, kini timbul lagi kisah pembunuhan rambang pada jam 11.20 pagi tadi.

Kronologi kisah amuk budak penghantar barang itu bermula apabila dia menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya, wanita berusia 40 tahun di Stesen Terminal LRT Gombak.

Hmm, apa nak jadi?

Nyawa seakan tidak bernilai apabila suspek sesuka hati menikam mangsanya tanpa sebarang belas kasihan.

Diharapkan kejadian malang seumpama ini tidak lagi berlaku di kemudian hari.

Oleh: AUDREY LEE








Pavlo Lapshyn

LONDON - Seorang pelajar Ukraine menerima hukuman penjara minimum 40 tahun oleh mahkamah British selepas didapati bersalah membunuh datuknya dan meletakkan bom berhampiran tiga masjid di bandar Birmingham, Britain.

Pavlo Lapshyn, 25, mengaku bersalah menikam Mohammed Saleem, 82, ketika mangsa sedang berjalan pulang dari masjid di bandar itu, April lalu.

Lapshyn yang juga pelajar lepasan ijazah dari sebuah universiti di Dnipropetrovsk, mengaku merancang untuk meletupkan tiga masjid iaitu di Walsall, Wolverhampton dan Tipton pada Jun dan Julai lalu, menurut sumber AFP.

Sabtu, 21 Desember 2013


Sesaat setelah ditemukan surat elektronik alias e-mail, sekitar Desember 1982, lahir turunannya bernama mailing list atau sering dikenal milis. Lewat milis, beberapa alamat email bisa disatukan dan anggota bisa saling bertukar informasi lewat sarana tersebut. Satu e-email bisa dikirmkan ke alamat grup, lalu semua anggota grup bisa membacanya.

Milis untuk pertama kalinya bekerja pada jaringan Arpanet, yang juga merupakan cikal bakal jaringan internet. Sedangkan program yang pertama digunakan untuk milis adalah SDNMSG. Livinginternet.com mencatat ada empat milis yang menjadi pemula di dunia ini yakni, human-nets, network-hackers, sf-lovers, dan wine-tasters.

Human-nets adalah milis yang banyak membahas hubungan manusia dengan jaringan. Network-hackers jadi milis tentang pemrograman internet. Lalu sf-lovers menjadi ajang berkumpulnya para pecinta science fiction atau fiksi ilmiah. Terakhir, wine-tasters adalah milis bagi para pecinta wine.

Kehadiran milis ini juga menginspirasi sarjana Duke University Jim Ellis and Tom Truscott untuk membangun newsgroup di jaringan usenet. Jaringan ini didedikasikan bagi lembaga-lembaga yang belum tersambung dengan Arpanet. Mirip dengan itu, Bitnet juga membuat jaringan sejenis milis untuk para periset di seluruh dunia.

Seiring dengan berkembangnya milis, perangkat lunak aplikasi yang memfasilitasinya pun ikut tumbuh. Aplikasi ini diperlukan bagi para pemilik situs yang ingin menyediakan sarana milis. Setidaknya ada tiga jenis perangkat lunak yang jadi pemula, yakni Listserv, Majordomo, dan Listproc.

Listserv aslinya dikonsep oleh Ira Fuchs dan Dan Oberst, tapi kemudian diimplementasikan di Bitnet oleh Ricky Hernandez. Edisi revisi Listserv dikembangkan oleh Eric Thomas pada tahun 1986. Majordomo pertama kali dikonsep oleh Brent Chapman dan selalnjutnya dikelola oleh John Rouillard untuk dijadikan software gratisan, yang kemudian terpasang di internet. Sedangkan Listproc mulanya dikembangkan oleh Anastasios Kotsikonas untuk komputer Unix di Universitas Boston tahun 1980-an.

Di tahun 1990-an milis menjadi kelompok diskusi virtual yang sangat populer. Bukan hanya untuk tukar pikiran, sebagian milis juga kemudian dijadikan sarana yang efektif untuk promosi. Setelah itu lalu muncul lembaga-lembaga riset untuk membuat rating milis di seluruh dunia. Milis dengan rating terbaik akan menjadi incaran korporat untuk berpromosi.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!