Minggu, 16 Maret 2014

GAMBAR menunjukkan ular berkepala wanita milik Zamroji yang sebenarnya cantuman antara kepala kelawar dengan badan ular.

JAKARTA - Pemilik tubuh seekor ular berkepala wanita yang sudah mengeras, Zamroji dari Kabupaten Blitar ditangkap polis untuk disoal siasat ekoran haiwan itu rupa-rupanya palsu dan bukan tulen, lapor sebuah akhbar semalam.
Zamroji yang merupakan seorang petani ditangkap kelmarin selepas ujian makmal oleh sebuah agensi perlindungan hutan mendapati kepala ular yang disangka wanita itu sebenarnya kepala kelawar yang dilekatkan pada badan ular jali.
Kepala kelawar itu dilekatkan pada badan ular itu yang didakwa oleh Zamroji ditemui di sawah miliknya pada Sabtu lalu di bawah pohon pisang.
Badan ular itu asli dan sudah direndam dengan air panas.
Rambut kuda ditanam pada kepala kelawar supaya ia kelihatan mirip seperti wajah wanita.
"Taring dan jari adalah milik kelawar yang diawet," kata seorang pegawai polis, Edi Herwiyanto.
Menurutnya, Zamroji mengaku haiwan yang dipamerkan kepada orang ramai itu sebenarnya palsu dan diperolehi daripada seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Cipto.
Sebelum ditangkap, Zamroji mendakwa pada malam Jumaat lalu dia bermimpi bertemu seorang wanita yang cantik sebelum menemui haiwan itu.
Ular palsu itu sepanjang 10 sentimeter (sm), manakala rambut di bahagian kepala itu sepanjang 8 hingga 10sm. Kukunya pula sepanjang 3sm dan terdapat taring pada mulutnya.
Pada awalnya, Zamroji mendedahkan penemuan haiwan itu kepada orang ramai selepas mendapat petunjuk yang memintanya berbuat demikian. - Agensi

Sabtu, 15 Maret 2014



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Umno yang terlalu lama memegang jawatan akan meninggalkan di belakangnya pengikut yang lebih bodoh dari mereka.

Beliau membuat satu lagi peringatan untuk Umno memilih generasi muda meneraju parti itu selepas beberapa kali memberi peringatan agar Umno berubah memilih mereka yang lebih muda untuk memimpin parti itu seperti yang diingankan di peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, beliau berkata pemimpin Umno di peringkat akar umbi dikatakan hanya membenarkan ahli baru yang lebih bodoh dari mereka untuk menyertai parti itu.

“Mereka memilih ahli sebegitu untuk memastikan mereka kekal di tampuk kuasa lebih lama lagi,” katanya menjawab soalan seoarang peserta sebuah forum belia di ibu negara hari ini.

Dengan cara itu, kepimpinan parti akan menjadi lemah perlahan-lahan sehingga membawa kepada kebencian rakyat kepada parti.

Umno akan mengadakan pemilihan parti bulan depan, anak Mahathir Datuk Mukhriz yang berusi 48 tahun ialah antara enam calon yang merebut tiga tempat dalam kepimpinan tertinggi parti sebagai Naib Presiden Umno.

Tiga naib Presiden yang menyandang jawatan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada pemilihan itu juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding selepas tiada pencabar menghantar borang pencalonan mencabar mereka pada hari penyerahan borang lalu.

Jumat, 14 Maret 2014


YAN – Walaupun Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini, tidak akan mengubah stuktur kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), tetapi keputusannya memberi impak yang besar kepada BN dan PAS dalam jangka masa panjang.

Bagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, walau apa pun alasan dan persepsi PRK ini, kedua-dua parti tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

BN mahu menang kerana kemenangan ini akan memberi impak besar kepada BN kerana DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS dan kawasan bekas Menteri Besar dari PAS iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak, kata Dr Mohd Azizuddin yang juga Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada Bernama di sini.

“Kalau PAS kalah ia satu tamparan besar kepada PAS. Pemimpin PAS dan ahlinya akan lemah semangat. Ini beri kekuatan dari segi psikologi kepada BN, dan rakyat akan beri pernyataan sah yang lebih mantap lagi khususnya kepada agenda pembangunan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu,” katanya.

Dr Mohd Azizuddin berkata walaupun kempen kedua-dua pihak dilihat kurang agresif selepas proses penamaan calon pada 23 Sept lepas, sebenarnya ia agresif tanpa tidak ditunjukkan kerana kedua-dua parti menyedari akan sentimen tempatan, dan kerana itu penampilan calon-calon dilihat sederhana.

“Ini kerana penduduk di DUN Sungai Limau agak konservatif dan cara hidup bersederhana. Jadi penampilan calon perlulah bersederhana. Yang saya bimbang orang luar yang berkempen cara agresif tapi tak faham pendekatan dan cara hidup di DUN Sungai Limau. Kesopanan dan tatasusila kena jaga ketika berkempen di sana,” kata Dr Mohd Azizuddin.

Beliau berkata peluang kedua-dua parti pada PRK kali ini dilihat seimbang walaupun DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat PAS sejak 1995.

“Peluang untuk BN menang ada dan BN kena tumpukan kempen kepada pengundi muda yang berada di luar, serta pengundi Cina di pekan. Ada kecenderungan mereka kembali menyokong BN,” katanya.
Untuk rekod daripada 27,222 pengundi, kedua-dua parti iaitu PAS dan BN mempunyai anggota yang hampir sama banyak sebagai pengundi, dan pengundi atas pagar pula kira-kira 24 peratus yang akan menjadi penentu pada Isnin ini.

DUN Sungai Limau mungkin dilihat sebagai kubu kuat PAS kerana diwakili oleh Azizan sejak 1995 dan merupakan Menteri Besar Kedah bagi tempoh satu penggal iaitu dari 2008 hingga Mei lepas.

Namun fakta menunjukkan DUN Sungai Limau, sebelum pilihan raya umum 2004 dikenali sebagai DUN Sala, bukan hak milik mutlak mana-mana parti kerana wakil rakyat di kawasan itu sering silih berganti antara wakil BN dan PAS.

PAS dalam usahanya mengekalkan kerusi DUN itu telah memainkan hubungan calonnya Mohd Azam Abd Samat sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya, malah telah menggunakan gambar dan nama Azizan dalam kempennya.

Dalam ketaksuban mereka mempamerkan hubungan yang akrab antara Azizan dan Mohd Azam sehingga sanggup mengeluarkan risalah calon dengan menggunakan gambar calon menggantikan wajah seorang daripada dua wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang mengunjungi Azizan pada 2011.

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, walaupun bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris dilihat tidak menonjolkan diri, dan menjalankan kempen lebih kepada bersemuka yang memenuhi “selera” penduduk tempatan.

Bagi Dr Mohd Azizuddin strategi calon BN berkesan berbanding strategi PAS yang “lebih menampakkan macam mereka terdesak kerana masih gunakan Ustaz Azizan.”

Mukhriz, yang juga Pengerusi BN Kedah, baru-baru ini menyatakan keyakinannya yang BN akan diterima penduduk DUN Sungai Limau kerana hanya parti itu yang mampu membawa pembangunan ke kawasan itu.
Walaupun BN kalah di DUN Sungai Limau sejak Pilihan Raya Umum 1995, rakyat perlu melihat 
kesungguhan BN untuk memajukan Kedah selepas kembali menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, katanya.

“Kami parti yang menunaikan janji. Selepas menang, saya dan barisan exco berusaha gigih untuk membangunkan Kedah. Ini (pembangunan) memang diperlukan dan dituntut oleh rakyat. Kami tawarkan (apa yang boleh dibuat), sekiranya boleh diterima rakyat di Sungai Limau,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar pula berkata tinjauan terkini parti itu menunjukkan PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti yang kurang, iaitu hanya 500 undi.

PRK kali ini sebenarnya bukan sahaja, pertembungan antara BN dan PAS, bukan sahaja antara Dr Sohaimi dan Mohd Azam, tetapi juga antara Mukhriz dan Mahfuz, yang baharu sahaja dilantik mengetuai parti masing-masing di peringkat negeri selepas PRU13 Mei lepas. – BERNAMA

Kamis, 13 Maret 2014


CHINA – Seorang bayi yang mengejutkan orang ramai apabila dia tiba-tiba bernafas ketika hampir dikebumikan, akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.

Punca kematiannya disebabkan pendarahan dan kegagalan organ, Jumaat lalu.

Berita mengenai bayi tersebut yang kembali hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia, Isnin lalu, mendapat liputan meluas.

Dia dikesan masih hidup selepas seorang pekerja rumah mayat mendengar bunyi tangisannya, dua hari selepas diletakkan di situ.

Ketika dibawa ke hospital, bayi itu sudah berada dalam keadaan tenat.

“Memandangkan masih terdapat pernafasan, kami meneruskan rawatan atas dasar kemanusiaan,’’  kata salah seorang doktor yang merawatnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah  menggantung tugas seorang doktor yang merawat bayi itu dan mengisytiharkan dia sudah meninggal dunia sebelum ini.

Doktor terbabit didakwa cuai dan mencetuskan kegemparan serta kekecohan di unit bersalin di hospital kanak-kanak di Anhui.

Rabu, 12 Maret 2014

Membawakan watak antagonis bernama Dee di dalam drama Adam Dan Hawa, merupakan watak jahat terakhir yang dilakonkan oleh Anzalna Nasir.Menurutnya keengganan melakonkan watak sedemikian adalah bagi mengelakkan persepsi negatif peminat terhadap dirinya. 

"Watak Dee adalah watak jahat terakhir yang akan dilakonkan. Selepas ini saya mahu membawakan watak baik pula. Bukan fobia bawa watak jahat tapi saya nak cuba sesuatu yang lain.  "Terkini saya banyak mendapat tawaran watak baik.

Jadi tidak salah untuk saya menonjolkan bakat lain yang saya ada," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama Adam Dan Hawa, semalam.  Ditanyakan keadaannya selepas berakhir kontroversi antara dia dan Neelofa baru-baru ini, jawab Anzalna; "Lega kerana semuanya sudah berakhir.

Saya juga boleh buat kerja sendiri tanpa gangguan sesiapa. Saya bersyukur kerana tidak ada yang memberikan komen negatif, malah lebih ramai yang menyokong saya. "Dengan apa yang telah berlaku, orang boleh menilai siapa betul dan siapa salah. Tidak perlulah kita melakukan kebaikan untuk menunjukkan diri kita baik."

Sumber : Media Hiburan


Selasa, 11 Maret 2014

Pernahkah kalian membayangkan kalian hidup sendirian tanpa ada orang lain yang menemani? Rasanya pasti sangat kesepian dan membosankan. Mungkin itu juga yang dirasakakan oleh para Lonely Tree, sebutan untuk pohon yang hidup sendiri dalam area tertentu tanpa ada tumbuhan lain yang serupa.


http://farm1.static.flickr.com/21/31518693_b2a23cfc7b.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgD4LcCgIDOfGL06_nhNtFsc108z51Zym_Kp0iNJs5GDUku5L0QDEuNoLmRckJxra9uLmYqk71tbW9qAegZmaL_3ItCNu3q851Xsrpc7LlJV6TFkLVsrJ1uyqG0gdG8NC6AnJJdVMN4g0w/s1600/lonely-tree-blog.jpg
http://farm1.static.flickr.com/35/72646504_ce6b94a785.jpg
http://farm1.static.flickr.com/28/57103444_93812d0802.jpg
http://farm1.static.flickr.com/56/107222246_f0cd06a5c8.jpg
http://farm1.static.flickr.com/40/105160084_6299d59a55.jpg
http://farm1.static.flickr.com/33/102747552_a6d7380342.jpg 

Senin, 10 Maret 2014


Danau Galilea adalah danau air tawar terbesar di Israel dengan luas sekitar 53 kilometer dengan kedalaman 209 meter. Air hangat Danau Galilea memiliki banyak flora dan fauna yang hidup. Pada danau ini terdapat flore Fitoplankton, fauna terdapat Zooplankton, Benthos, dan ikan-ikan, contohnya Tilapia. Belum lama ini dilaporkan bahwa Platanistoidea telah kembali ke danau ini setelah menghilang hampir selama empat dasawarsa


mungkin terlihat seperti danau biasa

tapi coba liat yang dibawah ini


masih belom jelas? kalo dirubah sudut padangnya jadi begini


sumber: http://haxims.blogspot.com/2010/02/keanehan-di-danau-galilee.html

Minggu, 09 Maret 2014


Time is money, sering kita dengar atau bahkan menjadi prinsip hidup kita. Mungkin prinsip ini juga yang menjadikan gaya hidup di kota-kota besar terutama di Jakarta menjadi kota yang penduduknya sangat diburu-buru waktu/ serba cepat. Faktor ini yang menyebabkan beberpa produsen produk menciptakan produk-produk yang serba instan untuk mempermudah dan menghemat waktu, terutama untuk makanan.
Katalog Carrefour
Makanan Instant
Makanan instan menjadi sebuah gaya hidup yang sulit dilepaskan saat ini, mulai dari burger, mie hingga bubur kini sudah tersedia semua. Makanan instan ini tentu saja bermanfaat tapi tentu akan berbeda dengan makanan yang diolah tanpa bahan pengawet. Pola hidup yang terbiasa dengan makanan instan akan membawa dampak buruk bagi kesehatan, seperti obesitas, jantung, kanker hingga diabetes. 

Pola hidup yang serba instan ini memang tidak dapat dihindari, namun ada cara yang dapat kita lakukan untuk menghindarinya, yaitu mengkonsumsi makanan instan yang sehat dan alami. Sadarnya masyarakat akan kesehatan membuat beberapa produsen makanan instan mempertimbangkan ini. Salah satunya mie instan “healtimie”. Mie ini terbuat dari barley hijau yang adalah salah satu sereal gandum utama. Mie ini sehat karena rendah lemak, serta tidak menggunakan zat monosodium glutamate ataupun zat pewarna.

Bila Anda salah satu penggemrnya atau ingin mencicipinya, seperti yang saya lihat di katalog Carrefour, untuk pembelian ke dua-nya akan diberikan diskon 50 persen hingga masing-masing harganya menjadi 1.850, sehat dan hemat bukan?

Sabtu, 08 Maret 2014



























































Jumat, 07 Maret 2014

AUTOBOTS
Optimus Prime
Sentinel Prime
Bumblebee
Ratchet
Jazz
Ironhide
Arcee
Mudflap
Skids
Sideswipe
Jetfire
DECEPTICONS
Megatron
Starscream
Shockwave
Frenzy
Blackout
Scorponok
Barricade
Soundwave
Brawl
Bonecrusher
Demolishor
Devastator
Sideways
Ravage
The Fallen
Microcons
The Doctor
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!